Thursday, July 15, 2010

CERITA Lawak Pendek

Ulat Gonggok

Ada seorang murid sekolah darjah 6 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Murid: Cikgu pandai tak?

Cikgu : Mestilah pandai. Kalau tak, mana boleh jadi cikgu...

Murid: Emm... kalo cikgu pandai, cikgu jawab teka-teki ni

Cikgu : ha, ape dia?

Murid : Ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : Emmm.. Kalo mengikut kajian yang pernah cikgu baca, ulat gonggok ada 100 kaki.

Murid : Salahlah cikgu

Cikgu : 99

Murid : Salah!

Cikgu : Emm...abih tuh, kalau semua salah, aper yang betulnyer???

Murid : Cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana boleh jadi cikgu...

Murid itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam..

Murid : Senang jer jawapannyacikgu. Tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok kan pendek je...hehehe

Terkene aku...kata cikgunyer.


Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah yang paling munasabah.

Kita sama2 tengok contoh ayat yang diberikan di bawah. Confirm loghat kelate paling munasabah. heheheh....

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! hahahahaha.....

Walau apapun, setiap negeri ada keistimewaan nya yang tersendiri... yang penting, kita semua adalah rakyat Malaysia..

Monday, July 12, 2010

Syiah dan kesesatannya...berwaspadalah

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran.

Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait).

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain.

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI /
TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam mahdi).

Azan Syiah
(Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)
(Marilah ke arah sebaik-baik amalan)

4 Kalimah Syahadah Syiah
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah.

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:

  • http://www.abunaaielah.blogspot.com
  • http://www.tenteradajjal.blogspot.com
  • http://www.hakekat.com
  • http://www.kr-hcy.com/shia
  • http://www.ansar.org/english
  • http://www.alburhan.com
  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah
  • http://www.syiah.net
  • Oleh itu, sama2 lah kita sebagai umat Islam sentiasa berpesan2 kepada rakan sesama Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman puak Syiah ini dan sama2 lah kita berdoa semoga fahaman ini tidak terus menular di negara kita Malaysia kerana ia dapat mengganggu gugatkan akidah umat Islam.


    Saturday, July 10, 2010

    Lawak Murid Sekolah Sekarang...

    Cerita Pertama

    Cikgu Wan sedang mengendalikan kelas Pendidikan Jasmaninya di padang sekolah. Seperti biasa, sebelum bermain, Cikgu Wan akan menyuruh murid²nya untuk melakukan 'warm up'. Tiba di satu bahagian, Cikgu Wan menyuruh murid² baring dan mengangkat kaki dan menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Semua murid2nya melakukan aktiviti yang disuruh oleh Cikgu Wan dengan riangnya.Sedang Cikgu Wan asyik memerhatikan murid2nya menggerakkan kakinya, tiba² salah seorang muridnya memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Wan terus menyergah muridnya yang bernama Mat itu.

    Cikgu Wan: “Woiiii Mat, kenapa kau berhenti mengayuh hah”

    Dengan selamba Mat menjawab,

    Mat : “Basikal saya tengah turun bukitlah Cikgu, takkan nak kayuh jugak.”

    Cikgu Wan terkedu seketika....



    Cerita Kedua

    Cikgu Zainal sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 6 Kreatif (Kelas yang paling last)…

    Cikgu : Din, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?

    Din : Itu senang saja cikgu..(Dengan perasaan bangganya, Din menjawab..) Emak sedang membuat kek di dapur.

    Cikgu : Cikgu suruh kamu buat ayat menggunakan perkataan tepung. Jadi, mana tepungnya??

    Din : La...kan tepung ada dalam kek tu…. cikgu nie tak sekolah ke hape??

    Sabar jer lah....maklumlah kelas last....


    Inilah realiti budak-budak sekolah sekarang.Imaginasi diaorang terlalu ke depan.Mereka suka fikirkan perkara yang lain daripada apa yang disuruh.Mereka suka fikirkan apa yang tersirat berbanding yang tersurat.Sebagai cikgu, itulah cabaran yang perlu ditempuhi. Jadi, bersabar jer lah....

    Thursday, July 8, 2010

    Kisah bermulanya manusia mencari tandas

    Kawan2 tau tak, bagaimana bermulanya manusia mula2 mencari tandas untuk membuang air besar. Kisah ini diriwayatkan di zaman Nabi Adam a.s lagi.Kita hanya mengetahui bahawa Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi kerana tersalah memakan buah larangan selepas dihasut oleh iblis.Ada tambahan lagi tentang cerita itu. Selepas memakan buah larangan itu, perut Nabi Adam a.s memulas-mulas dan dia terasa seperti ada sesuatu yang hendak keluar dari duburnya. Maka berlari-larilah Nabi Adam mengelilingi syurga untuk mencari tempat untuk melepaskan hajatnya itu. kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat supaya memberitahu Nabi Adam bahawa syurga adalah tempat yang paling suci dan tiada tempat untuk sesiapa membuat sebarang kekotoran di dalam syurga. Maka untuk menyempurnakan hajat Nabi Adam, maka Allah menyuruh Nabi Adam turun ke bumi.


    Perlulah kita ketahui sama2 bahawa syurga itu adalah tempat yang paling suci dan sesiapa yang masuk syurga, maka orang itu tidak ada rasa hendak buang air besar atau sebagainya. Itu pasal lah Allah melarang keras Nabi Adam memakan buah larangan itu kerana buah itu akan membuatkan seseorang sakit perut.

    Oleh itu, janganlah kita cuba untuk melakukan perkara yang dilarang kerana setiap perkara yang dilarang itu berkemungkinan mempunyai sebab2 yang tertentu....sama2 lah kita fikir.

    Tuesday, July 6, 2010

    Tanah oh tanah

    Asal kejadian manusia adalah daripada tanah dan kepada tanah jualah tempat kita bersemadi. Itulah perihal bermulanya kejadian manusia terawal iaitu Nabi Adam. Bukan sahaja tanaman yang membesar di atas tanah, malah kita manusia pun terbentuk daripada tanah.Itulah banyaknya kepentingan tanah.Begitu hebatnya kita sebagai seorang manusia kerana seluruh tubuh badan kita ini dijadikan daripada pelbagai jenis tanah daripada pelusuk dunia, semuanya atas tujuan yang tertentu.

    Menurut Ibnu Abbas:-

    1. Kepala dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
    manusia,dan disitulah tempatnya akal.

    2. Telinga dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
    tempat menerima nasihat.

    3. Dahi dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.

    4. Muka dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat
    kecantikan.

    5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.

    6. Gigi dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

    7. Tangan kanan dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
    kerjasama,sesama manusia.

    8. Tangan kiri dari tanah Paris , tempat beristinjak.

    9. Perut dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya
    syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

    10. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

    11. Dua kaki dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

    12. Hati dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
    iman,keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

    13.Lidah dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan
    berdoakan kepada Tuhan.



    Betapa hebatnya kuasa Allah. DIA menjadikan setiap anggota badan kita ini dengan penuh fungsi yang tertentu tetapi kita sebagai manusia jarang menggunakannya dengan sempurna.Malah kadang kala menyalahgunakannya.Oleh itu kawan2, sebelum kita kembali semula ke tanah, sama2lah kita berusaha menggunakan setiap anggota badan kita untuk kebaikan....:)