Thursday, July 15, 2010

CERITA Lawak Pendek

Ulat Gonggok

Ada seorang murid sekolah darjah 6 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Murid: Cikgu pandai tak?

Cikgu : Mestilah pandai. Kalau tak, mana boleh jadi cikgu...

Murid: Emm... kalo cikgu pandai, cikgu jawab teka-teki ni

Cikgu : ha, ape dia?

Murid : Ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : Emmm.. Kalo mengikut kajian yang pernah cikgu baca, ulat gonggok ada 100 kaki.

Murid : Salahlah cikgu

Cikgu : 99

Murid : Salah!

Cikgu : Emm...abih tuh, kalau semua salah, aper yang betulnyer???

Murid : Cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana boleh jadi cikgu...

Murid itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam..

Murid : Senang jer jawapannyacikgu. Tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok kan pendek je...hehehe

Terkene aku...kata cikgunyer.


Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah yang paling munasabah.

Kita sama2 tengok contoh ayat yang diberikan di bawah. Confirm loghat kelate paling munasabah. heheheh....

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! hahahahaha.....

Walau apapun, setiap negeri ada keistimewaan nya yang tersendiri... yang penting, kita semua adalah rakyat Malaysia..

4 comments:

daisystore said...

hak3... ad jgk g2... hak33..

skbs said...

Best citenye....

skbs said...

mana lagi cite yang best. sikit pula hari ni... bz ye..

ahli fikir said...

pipi boleh buat pembedahan plastik...aku tak kira aku sokong yang utara...sebab gewe aku dulu orang utara...kalau gigi takde siape nak...munasabah tak komen aku ni ha..masukk...ha..ha..ha

Post a Comment